*dulu kawasan ini bertanah dan punya rumput2 untuk dijadikan tempat bermain kejar-kejar. Aneh waktu itu seolah-olah punya banyak tenaga; selepas habis main boleh sambung belajar di dalam kelas.
*Tempat berhimpun dan mendengar ucapan guru besar.Tempat untuk bersembang-sembang dengan kawan-kawan sewaktu rehat.
*Tidak pernah rasa ini sebagai satu tekanan masa belajar di sekolah ini. Tapi sekarang...
*tempat makan dan berehat.Juga tempat belajar menahan diri daripada membeli sesuatu untuk menyimpan duit.
*optimistik. Juga menyedarkan aku bahawa cara mendidik seorang kanak-kanak dan siswa adalah berbeza
*kelas terakhir aku belajar di sekolah ini.
*dulu tempat main hoki. Dan juga tempat belajar gosok gigi dengan cara yang betul.
*kelas pertama tahun 1997
*sedikit menyentak fikiranku apabila melihat papan kenyataan ini. Menyedarkanku sedikit kesusahan untuk mencipta 'arab spring' di negara ini. Kemudahan sebegini tidak diberikan di negara-negara berlakunya arab spring tersebut. Walaupun tidak banyak beza dari segi korupsi tetapi sistem pendidikan di sini lebih baik berbanding di sana. Tidak ada kerajaan yang sempurna di dunia ini.
*Belakang sekolah ini ialah hutan belantara. Kalau untung dapatlah tengok harimau, gajah dan juga...babi hutan.
*Tempat yang paling digemari waktu sekolah.Juga tempat di mana aku kena denda berlari keliling padang kerana 'meronda-ronda' di sekitar sekolah sewaktu cikgu-cikgu bermesyuarat.
*Hari pertama masuk sekolah. Dengan beg spider-man yang sangat dibanggakan pada waktu itu
Sesuatu yang sangat menyegarkan apabila dapat kembali semula ke tempat di mana aku memulakan langkah pertama untuk mengenali diri sendiri. Di sini jugalah aku membuka pintu rahsia Tuhan untuk diriku; menulis. Bermula di sini potensi menulis digarap dan kemudiannya diasah sebaik mungkin.
Justeru agak sukar untuk meninggalkan sesuatu yang telah kita cintai selama 14 tahun (mengetahui adanya potensi menulis ketika berumur 8 tahun) dan tabiat itu tidak mungkin hilang kerana sesuatu perkara yang baru dikenali.
Di sekolah ini juga aku mendapat pengalaman pertama bergaduh dengan seorang budak lelaki bernama Azriq. Aku masih boleh mengingati budak lelaki yang sering beratur di hadapanku, Isa. Di sini juga aku bertemu dengan sahabat baik Hasif Halim yang masih keep in touch sampai sekarang.
Aku belajar erti persaingan di sini yang kemudiannya aku dapati persaingan itu tidak memberi manfaat. Mengapa? Kerana setiap orang mempunyai sempadan rezeki yang telah ditentukan Tuhan. Setiap orang, tidak mengenal kelas hadapan atau belakang, mempunyai potensi masing-masing yang hanya akan diketahui apabila fikirannya mencapai umur kematangan.
Dan pengalaman menjejakkan kaki semula ke sekolah lama ini memberi satu tenaga positif kepada aku. Di sini, tidak ada satu pun perkataan-perkataan atau fikiran negatif yang wujud. Semuanya bernafas positif dan optimis; barulah aku sedar semakin kita dewasa dan didedahkan kepada dunia sebenar, nafas itu telah berbaur dengan pesimis, ragu dan tidak yakin. Juga yang menghantui aku sewaktu kembali ke sekolah ini ialah disiplin yang ketat sewaktu kecil; malam kena tidur awal. Meskipun itu menjadi satu kebencian pada waktu itu, kini baru rasa betapa nikmatnya dapat tidur awal sebab bila dah masuk universiti, nak tidur awal pun dah rasa bersalah terhadap assignment2 yang menimbun.
Di sini juga aku belajar menganyam cita-cita. Daripada menjadi wartawan yang mengumpul cerita suka duka kawan-kawan, menjadi tentera darat yang berjuang mati-matian di dalam medan perang dan dinobatkan sebagai hero sehinggalah menjadi perdana menteri apabila sahabat aku berkata ''kalau kau jadi perdana menteri kitaorang semua akan sokong ''zharif!zharif!zharif!''. segalanya mungkin di sini. Tidak ada batasan.Tidak ada halangan. Satu-satunya kebebasan yang dimiliki oleh setiap manusia selain daripada menulis.
Juga belajar mengetahui perasaan cinta. Cinta yang taklid tidak mengetahui baik buruknya. Semuanya berdasarkan rupa dan perilaku kerana waktu itu tidak mengetahui lagi apa yang dimaksudkan dengan cinta dengan hati =)
Semuanya bermula di sini. Dan sekarang aku terfikir bagaimana cikgu-cikgu aku dulu boleh sabar dan tahan dengan sifat kebudak-budakan dan kenakalan aku dahulu.
Dedikasi khas kepada:
Pn.Norhayati Abdullah (guru kelas darjah 1&2)
Pn.Isiah Hasbi (guru kelas darjah 3)
Pn.Saripah bt Salleh ( guru kelas darjah 4)
Pn.Ang Hwi Hong ( guru kelas darjah 5)
Pn.Muszalipah yahya (guru kelas darjah 6. Guru ini juga yang bertanggungjawab memberikan kunci untuk membuka pintu rahsia Tuhan tersebut)
Pn.Sarina (guru sains yang menyedari bahawa aku mempunyai masalah yang 'songsang' dalam Sains: Kebiasannya pelajar menghadapi masalah menjawab soalan subjektif tetapi aku menghadapi masalah menjawab soalan objektif. Ini juga satu anugerah)
Pn Khatijah dan guru-guru matematik sebelum ini kerana menyedarkan aku bahawa matematik bukanlah satu ilmu untuk aku kuasai. Ini juga merupakan satu bimbingan Tuhan bahawa undang-undang adalah subjek yang sesuai untuk manusia seperti aku.
Seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama.
p/s: Ya saya sudah menutup akaun twitter. Saya merasakan bahawa hidup saya telah 'diikat' dengan laman sosial ini. Saya tidak hidup pada masa sekarang kerana sibuk menanti tweet2 yang akan dibalas pada masa akan datang sehingga tidak lagi dapat menikmati perkara-perkara yang 'simple' di dalam hidup.
Twitter tidak memerlukan saya. Jika ada sesiapa yang mahu mencari dan berbual, mereka akan cari dengan cara apa sekalipun.
Tetapi twitter juga telah mengubah saya untuk tidak juga bergantung kepada facebook. Maka di akhirnya, perkara-perkara ini tidak lagi mengawal hidup saya.
No comments:
Post a Comment
hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)