Tuesday, January 3, 2012

Kenyataan GPMS Pahang






KUANTAN : Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang menyifatkan saranan Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) supaya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan dan bertanggungjawab di atas insiden menurunkan bendera Perdana Menteri pada 17 Disember lalu tidak relevan.

Setiausahanya, Nasrul Isyam Abdul Hamid berkata, tindakan Presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah membuat saranan tersebut tidak wajar kerana Saifuddin tidak terlibat dengan demonstrasi termasuk insiden menurunkan bendera Perdana Menteri. Menurutnya Aspirasi juga bukan mewakili suara majoriti mahasiswa kerana bergerak atas tiket ALUMNI bahkan tindakan Aspirasi hanya ingin menghangatkan situasi selain mencetuskan provokasi terhadap pihak tertentu.

Perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sudah menjelaskan kedudukan perkara yang sebenar berhubung insiden yang mencetuskan ketegangan itu. 

"Malah beliau turut menyokong supaya mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli supaya memohon maaf atas tindakan yang dilakukan" katanya.


Nasrul berkata, isu itu tidak wajar dipolemikkan kerana ia hanya akan menambah kebencian mahasiswa terhadap kerajaan dalam masa sama mewujudkan suasanan tegang di kampus. 

"Kita yakin mahasiswa di negara ini tahu peranan masing-masing namun dengan adanya pihak yang sengaja menangguk di air keruh, situasi kini menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan berlaku perhimpunan yang tidak sepatutunya menyebabkan keadaa kucar-kacir.

"Bagaimanapun perbincangan secara matang dan tidak emosi mungkin boleh menjernihkan kembali keadaan"katanya.

Nasrul berkata, pandangannya itu seiring dengan GPMS Kebangsaan yang percaya perkara tersebut boleh diselesaikan dengan baik.

Nasrul menambah parti politik tidak harus meneksploitasi mahasiswa untuk kepentengan perjuangan parti. 


laporan

Erma Yusnida Jusoh, Sinar Harian



*Bukti bahawa kenyataan tersebut adalah benar, bukan rekaan semata-mata =)

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)