Monday, January 31, 2011

Leonidas

Apakah perasaan apabila menyanyikan lagu UiTM di hatiku dan kemudiannya melihat piala keagungan moot yang menjadi rebutan satu negara dijulang oleh university lain? Barangkali aku tidak mempunyai jawapan tersebut kerana tidak apa lagi yang boleh aku kesalkan. Segalanya sudah berakhir di sini. Akan tetapi ada sesuatu yang ingin diceritakan, meskipun manusia biasa hanya mahu mendengar berita kemenangan tanpa mengira usaha dan jerih payah seseorang.

‘’The battle is over..the destiny has been told, has been a long day, the warrior submit to their faith, don’t tell them how you defeat but tell them how you fight…..’’

HARI PERTAMA

Menentang pasukan 543. Awalnya aku menyangka bahawa kami di posisi yang baik untuk menang tetapi keyakinanku musnah tatkala melihat pihak lawan dengan mudah memusnahkan hujahku dengan segala macam penipuan. Mula aku terasa geram dan kecewa kerana pertandingan tidak memerlukan bundle of authorities maka peluang untuk penipuan dan penyelewengan amat mudah dilakukan secara berleluasa.

Tewaslah kami dalam petarungan yang sangat mengecewakan.

Aku kumpul semula kekuatan selama 2 jam untuk menghadapi pasukan seterusnya (maaf tidak aku ingat nombor kalian). Aku susun semula strategi untuk lebih siap dan tidak tertekan. Perlawanan bermula dengan begitu baik namun tidak apa yang boleh dibanggakan kerana aku harus berterima kasih kepada pihak lawan kerana kesilapan dan kekurangan mereka sendiri yang memberi kemenangan mudah kepada kami.

Pengumuman. Mendebarkan. Lebih gugup daripada mahu mengetahui keputusan peperiksaan. Hanya 4 pasukan yang layak ke separuh akhir. Satu demi satu disebut hinggalah ke pasukan terakhir. 661 disebut dan diiringi dengan sorakan dan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan sekalipun. Bukan sahaja mooters tetapi seluruh warga fakulti Undang-Undang yang berada di situ juga meraikan kegembiraan.Kudos diberikan kepada Khairil dan Mama Shai kerana perlawanan merekalah yang membawa kami ke separuh akhir.

Seusai makan malam, kembali semula ke moot court. Aku gelisah. Fikiranku tidak waras kerana esok aku akan menentang pasukan yang sama pagi tadi; 543. Di tempat yang sama. Mooters yang sama. Aku tidak boleh menggunakan strategi yang sama dan aku tidak akan membiarkan mereka terus menipu dan menyeleweng fakta undang-undang sesuka hati. Maka aku simpulkan bahawa hari esok adalah pertarungan intelligensi undang-undang kerana kalau mahu mengikut hukum logika dan perkataan semata-mata maka itu bukanlah mooting yang sebenar. Keunikan dan rencah dalam pertandingan moot adalah kombinasi undang-undang dan fakta yang bertemu di titik silang alam realiti. Kesedaran itu juga timbul selepas pencerahan yang diberikan oleh dua orang mooters yang sangat aku hormati dan kagumi. Faiz dan Hazralika Hamzah seperti utusan yang membawa obor kepadaku saat aku berada di dalam gua yang sangat kelam pada malam itu. Aku sedari akan strategi yang seharusnya aku lakukan untuk tidak lagi membiarkan lawanku bermaharajalela dengan pembohongan yang sangat dibanggakan itu. Malam itu juga aku menyedari satu perkara.

Tujuan.

Aku mengetahui akan betapa seriusnya Ika dalam moot kerana minatnya yang mendalam dalam perkara ini. Inilah kali pertama aku mendengar daripada seseorang akan minat dan semangat yang mendalam untuk mooting. Aku terkesima.

Segera aku kumpulkan semangat. Aku lihat kembali kekurangan dan kesilapan pagi tadi dan segera kuperbaiki tanpa lengah. Tidurku tidak disenangi oleh perasaan mahu membalas dendam. Sungguh aku tidak dapat menunggu dengan lebih lama lagi. Aku lantas membuka petikan kata-kata King Leonidas dalam filem 300 di youtube. Kunaikkan semangat semula dengan kehadiran keluarga tercinta. Seluruh warga UiTM memenuhi ruang bilik pertandingan. Bertemu semula dengan musuh lama. Di tempat sama. Dihakimi oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Peguam daripada AG-Chambers dan peguam di ZulRafique&Co.

Giliran aku berhujah. Segenap kekuatan dan semangat aku curahkan dan hamburkan dalam bentuk kata-kata. Kuserlahkan penipuan semalam kononnya kes yang menjadi sandaranku tidak tepat dan lebih rendah nilainya dari sebuah artikel yang ditulis oleh seorang professor yang menjadi sandaran pihak lawan. Aku berhujah dan membawa kes yang sebenar sambil kutunjukkan kepada barisan hakim. Manipulasi fakta undang-undang tidak lagi aku biarkan begitu sahaja. Kupetik bulat-bulat dari kes tersebut. Seluruh energi dan semangatku menghangatkan dewan tersebut. Kujawab segala soalan yang diberikan dengan tenang dan fokus tanpa berbasa-basi. Kupatahkan hukum logika mereka dengan begitu angkuh dan berwibawa.

‘’ The respondent agreed that the ban only impose to the Mavazi. Thus this ban gives an alternative way to the terrorist to use other than Mavazi to cover their head and face to commit suicide and therefore this ban did not give any improvement at all’’

Nilai dan komentar yang diberikan hakim memuaskan hati. Inilah standard mooting yang tertinggi dalam pertandingan tersebut. Consistency and deserve encouragement merupakan kesimpulan untuk persembahanku tadi. Ucapan tahniah dan kagum diberikan oleh semua termasuk para pensyarah. Sekali lagi aku berasa puas hati kerana pihak lawan juga memberikan pujian bahawa persembahan tadi adalah terbaik, great and the best. Aku menghembus nafas puas. Sungguh inilah yang dikatakan oleh Faiz dan Ika ‘’ The moot of my life’’. Bermati-matian aku lawan dengan seluruh dan segenap jiwaku untuk membanggakan UiTM.

Tetapi takdir Tuhan adalah tertinggi yang tidak boleh dicabar sesiapa pun. Kami tewas dan aku tidak dapat menahan air mata. Gelaran ‘iceman’ aku lebur dalam kehangatan rasa sedih yang teramat sangat. Aku menuju ke tandas, melepaskan perasaan yang sepuas-puasnya. Sungguh inilah pertandingan yang sangat aku perlukan dan mahukan. Sebeban rasa kesal dan bersalah kepada pasukan dan fakulti kerana tidak dapat membawa ke separuh akhir dan mengekalkan piala tersebut di fakulti kami. Aku terduduk dan perasaan sedih masih lagi menghantui diriku.

Dipendekkan cerita, pasukan 543 memenangi pertandingan tersebut. Aku tidak mahu member komentar bagaimana mereka menang kerana itu bukanlah cara yang sesuai untuk menghormati pihak lawan. Di sebalik kekalahan, aku masih menyimpan rasa bangga kerana kami tewas di tangan sang juara di separuh akhir dengan keputusan split-bench yakni 2-1 sementara universiti yang menentang mereka di final menang 3-0 di separuh akhir. Bererti jika mahu mengikut hierarki, UiTM berada di tempat ketiga. Barisan mooters yang buat kali pertama memasuki Jessup Competition mendapat tempat ketiga dan tewas split-bench di tangan sang juara sewaktu pusingan separuh akhir. Betapa sengitnya perlawanan dan sekurang-kurangnya aku tidak membiarkan mereka dapat melangkah ke pusingan akhir dengan mudah dan senang. Sekurang-kurangnya mereka telah terseksa dengan azab dan seksaan yang kuberikan yang tidak pernah aku lakukan seumur hidupku. Itulah perlawanan yang akan menjadi bench-mark dalam karierku sebagai mooter UiTM.

Ucapan terima kasih aku sanjungkan kepada keluarga mooters aku yang telah bersama-sama dalam jerih payah untuk mengharungi pertandingan ini. Arina, Mama Shai, Khairil dan Izzat akan selama-lamanya menjadi team moot yang terbaik yang pernah aku bersama dan juga kepada kekasih hati yang sanggup datang bersama-sama rakan yang lain untuk menyaksikan perlawanan di hari pertama aku. Maaf kepada sang kekasih hati kerana tidak dapat meluangkan masa bersama. Tidak ada penyesalan terbesar yang pernah aku rasakan selain tidak punya banyak masa bersama awak dan juga keluarga tercinta. Sekalung rasa hormat dan penghargaan kuberikan kepada jurulatih Dr.Irwin, Miss Ummi dan Madam Azlena kerana telah banyak member bimbingan dan tunjuk ajar. Tidak ketinggalan barisan senior mooters: Tuan Hurman, Azinuddin Karim, Faiz Razak, Hazralika Hamzah, Afif Ahmayuddin serta Sheekira yang sentiasa datang ke moot court bersama makanan untuk kami. Terima kasih atas sokongan dan semangat daripada kawan-kawan baik, juga juniors2 yang bakal mewarisi karier aku tidak lama lagi. Maaf kepada semua pensyarah dan siswa-siswi fakulti undang-undang kerana tidak dapat membanggakan kalian dengan Jessup Cup tersebut.

Kepada para pendengki dan pembenci diri yang bernama Zharif, gunakan peluang ini untuk mentertawakan dan mengutuk diri aku dan menggelarkan sesiapa yang membuang masa dalam mooting ini adalah bodoh. Sesungguhnya aku tidak mempunyai obligation erga omnes untuk membalas kritikan dan ucapan tersebut kerana tidak mungkin aku biarkan taraf diriku sama dengan golongan manusia yang sebegini. Kepada yang tidak termasuk dalam golongan sebegini, ceritakanlah bagaimana kami tewas denga bermaruah sepertimana yang telah aku ceritakan. Jika anda tidak berpuas hati maka tanyalah sesiapa sahaja yang menyaksikan pertarungan tersebut. Jika terdapat percanggahan fakta, aku mohon maaf dan menerima kesilapan sebagai seorang manusia yang sentiasa khilaf dan mahu mempertahankan diri.

Masa untuk berehat. Masa depan karier moot tidak lagi aku tentukan. Barangkali ini yang terakhir memandangkan begitu ramai bintang-bintang yang lain bakal menyerlah boleh menggantikan tempatku. Kalau ini yang terakhir maka pertandinganku menentang 543 di separuh akhir adalah pertandingan yang akan aku ingat sampai mati dan itulah bench-mark dalam karier mooting aku. Di samping memegang rekod 9 rounds mooting dengan 4 kemenangan dalam 4 pertandingan, karier moot aku juga diakhiri dengan kejayaan merangkul ranking ke-10 daripada 32 mooters dalam pertandingan Jessup. Itu, adalah lonjakan dan pencapaian yang terbaik aku pernah lakukan meskipun baru 8 bulan dalam mooting.

Dua minggu lagi akan kuberikan keputusan tentang hal ini. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan member sokongan.

2 comments:

  1. Quote "Kepada para pendengki dan pembenci diri yang bernama Zharif, gunakan peluang ini untuk mentertawakan dan mengutuk diri aku dan menggelarkan sesiapa yang membuang masa dalam mooting ini adalah bodoh"

    I will say this. mereka2 itu lah yang bodoh dan dalam kerugian sebenarnya. betapa in that competition u asah and u further develop your oratorical, critical thinking and problem solving skills. and by giving speech in front of important person, witnessed by heaps of audience is no mean feat. so, cheer up and held your head high (i know you do!)

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)