Isu rasis semakin hangat dan menjadi bahan berita bagi setiap media. Tidak kira cetak atau elektronik, semua berlumba-lumba untuk meletakkan isu rasis sebagai santapan utama para pembaca. Ironinya ia terjadi sewaktu negara kita menyambut kemerdekaan yang ke-53. Sungguh menyedihkan apabila isu ini bukan sahaja berpenyakit di kalangan ahli politik tetapi sudah menular hingga ke akar umbi. Baiklah, cukup saya berbasa-basi di sini. Mari kita pergi ke isu yang utama.
Pertubuhan politik mahupun bukan kerajaan begitu lantang mempertahankan perkara 153 Persekutuan Perlembagaan yang memperuntukkan kedudukan istimewa Melayu dan penduduk asli Sabah dan Sarawak ( oklah ‘hak istimewa’ lagi sesuai). Ia turut dijaga oleh Perkara 159(5) yang memperuntukkan izin Majlis Raja-Raja sekiranya perkara 153 mahu dipinda atau digubal. Ditambah lagi dengan peruntukan dalam akta hasutan seksyen 3 (f) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan ‘’ A seditious tendency is a tendency to question any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative established or protected by the provisions of Part III of the Federal Constitution or Article 152, 153 or 181 of the Federal Constitution.’’ Justeru, barangsiapa yang cuba mempertikaikan apa-apa persoalan berkaitan perkara 153 mempunyai potensi untuk disabitkan kesalahan dalam Akta Hasutan.
1) Yang kita tak perasan:
Bukan sahaja Perkara 153 yang dijaga oleh Perkara 159(5) dan seksyen 3(f) Akta Hasutan 1948 tetapi juga Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan. Apakah Bahagian 3 itu? Pernahkah ada mana-mana ahli politik memberitahu hal ini?
Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan soal kerakyatan. Citizenship.
Nah, di sini sudah terserlah keseimbangan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya kontrak sosial yang berteraskan kedudukan istimewa Melayu dan prinsip kerakyatan Jus Soli telah dijamin dalam perkara 159(5) yang memperuntukkan ‘’ A law making an amendment to Clause (4) of Article 10, any law passed thereunder, the provisions of Part III, Article 38, 63 (4), 70, 71 (1), 72 (4), 152, or 153 or to this Clause shall not be passed without the consent of the Conference of Rulers.’’ Maka di sini jelas bahawa bukan sahaja kedudukan istimewa dipelihara tetapi juga soal kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli turut dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.
2) Yang kita tak perasan:
Seskyen 3(f) Akta Hasutan bukan sahaja memperuntukkan tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan atau mempersoalkan apa-apa isu berkaitan Perkara 153 tetapi juga memperuntukkan tiada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan atau mempersoalkan apa-apa isu berkaitan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan yakni kerakyatan. Justeru, mari kita melihat secara saksama: kalau mempertikaikan isu 30% ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi mempunyai potensi hasutan maka sesiapa yang menyuruh orang bukan melayu pulang ke negara masing-masing perlu dilihat termasuk dalam potensi hasutan yang termaktub dalam seksyen 3(f) Akta Hasutan 1948. Kalau sesiapa yang
Kesimpulan: Sila tutup isu ini. Sekali lagi dimohon: Sila tutup isu ini. Jangan lagi membuka atau
Isu ini hangat diceritakan oleh dua komponen parti BN :MCA dan UMNO. Sejak kebelakangan ini kedua-dua pemimpin dari parti tersebut saling bertikam lidah dan mengapikan suasana dengan isu perkauman. Sesungguhnya inilah yang ditunggu oleh Pakatan Rakyat yang tanpa perlu berbuat apa-apa telah menunjukkan kepada rakyat parti mana yang sudah tidak relevan lagi, parti mana yang lebih suka bercakaran tentang isu-isu sebegini dan parti mana yang melaungkan slogan supaya bersatu tanpa mengira kaum tetapi wakil rakyat mereka sendiri yang bergaduh tanpa mengira kaum. Pergaduhan sesama sendiri inilah yang telah melemahkan parti BN sendiri dan tidaklah mahu saya mengulas lanjut kerana ahli BN sendiri sudah bersuara akan isu ini.
(Rujuk http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/nazri-scolds-umno-mca-leaders-for-public-spat/)
Daripada terus bertelagah akan hal ini, bukankah lebih baik mereka fokus dan lebih peka akan isu-isu semasa terutama isu kebajikan, suara siswa dan sebagainya? Kalau susah nak cari saya syorkan dua perkara ini untuk diselesaikan:
i) Masalah kerakyatan (rujuk: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/mca-sets-up-task-force-to-help-malaysian-chinese-get-citizenship/)
ii) isu kemiskinan( rujuk: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/how-poor-are-we-really/)
Yang kita tak perasan:
Pilihanraya nak dekat. Ahli politik tak sedar. Rakyat kuasa sebenar!
Bagus. biar perompak bercakaran sesama perompak dan perasuah. Sudah tiba masanya mandat diberikan kepada kerajaan baru.
ReplyDeleteHidup Pakatan Rakyat. get lost BN
-ali reza
yang kita perasan:pemimpin melayu pertahan hak sendiri akn dicemuh.bahkan akn dibenci kaum nyer sndri termasuk golongan melayu liberal,muda,islamik dan dll.ade org melayu smpi ajk org kaum len balun pemimpin ni skali.yg bijak pndai lak akn kuar dgn fakta2 utk membalun org ni.
ReplyDeleteyang kita xperasan:pemimpin bkn melayu pertikai hak bumi akn disanjung.kononnya inilah pemimpin yg telus dan adil.hampir sume akn sokong pemimpin ni.dr kaum mereka sndiri sudah tentu.yg melayu xsedar dri pun kdg2 tumpang sekaki gak.
yang ak perasan:inilah realitinya di malaysia.
soal bangsa ketepikan dahulu. buat apa nak sibuk2 hal hak, hak istimewa dan sbgnya. yang kita kena letak prioriti ialah soal kemajuan dan pembangunan. tak kisah dr siapa2 pun...dia melayu, cina atau india.
ReplyDeletepemimpin bukan melayu pertikai hak bumi ? salah ke ? mmg telus dan adil pun...benda ni menyekat persaingan sesama rakyat. dok sibuk hal hak melayu jd makin malas...
mana ada pemimpin umno nak perjuangkan hak ekonomi melayu la mcm2 lagi la...nak memenuhkan perut sendiri dan kroni je...hakikatnya yg aku perasan 50 tahun hak istimewa melayu, pemimpin UMNO makin buncit dan kaya raya. yg miskin masih melayu. yg cina dulu miskin walaupun tak ada apa2 hak istimewa skrg dh jd kaya. cthnya mcm lim goh tong. ananda krishnan. fikir2 la sendiri
bila org melayu ckp mcm ni, of course la aku akan dikatakan sbg pembelot melayu...melayu pemikiran mmg kuno. takut dikritik. itulah meLAYU.
- SHAH pahlavi
tuan punya blog, xyahla nak sokong UMNO tu lagi. tak semestinya kalau kau org johor kau kena sokong UMNO...matang la sket dlm politik.
ReplyDeleteshah pahlavi:nape lak kita kne ketepikan hak bangsa?kalo dh kte prioriti tuk kemajuan dan pembangunan,maka xsalahlah wujudnya hak istimewa.bkn ke hak tu pun menyumbang kpd kemajuan dan pembangunan.ak mmg xphm ble ko kte hak istimewa tu xde kne mengena dgn kemajuan.atau ko xleh nmpk perkaitan 2 mnde tu?
ReplyDeleteanon:biar la tuan blog tu nk sokong UMNO pun.bg ak xslh pun.bg ak xsume org UMNO tu bodoh,masih ade yg mampu memimpin dgn niat yg murni walaupun xrmi.