2. Meskipun mengalami pelbagai ujian sejak kebelakangan ini tetapi syukur aku masih kuat dan bertenaga untuk membuat program-program yang sudah dirancang. Awalnya pasti ada menyangka dengan ujian-ujian yang dihadapi itu akan membuatkan aku tenggelam dan tersisih tetapi maaf kebencian dan kedengkian anda sedikitpun tidak melemahkan aku. Bahkan Tuhan terus memberi pelbagai rezeki dan berita-berita yang baik.
3. Semalam baru selesai meeting pertama berkenaan Global Peace Conference bersama Tun Mahathir yang dijangka pada 31 Julai. Dari pihak UiTM alhamdulilah semua hal telah selesai cuma menunggu pengesahan dari pihak Global Peace. Juga aku akan merancang untuk melaksanakan merbok homecoming pada 10 dan 11 Julai dengan tunjuk ajar daripada Khairil yang juga bos aku dalam Sekretariat Mahasiswa Fakulti dengan kerjasama hicom pre-law kedah.
4. Petang tadi aku mendapat panggilan untuk membantu Perdana Global Peace dalam usaha menghalang kehadiran Tony Blair ke Malaysia pada hari khamis ini. Ada strategi telah dilaksanakan dan aku akan ceritakan nanti insya-Allah. Pada masa yang sama juga aku akan datang ke pejabat mereka untuk berbincang mengenai lawatan ke Parlimen kerana Datuk Mukhriz yang juga Penasihat Global Peace adalah ahli Parlimen Jerlun.
5. Rancangan untuk pergi ke Parlimen ini adalah idea dan usaha pensyarah subjek perlembagaan aku iaitu Prof.Emeritus Datuk Dr.Shad Saleem Faruqi dan Farid Zuhri yang juga telah berusaha untuk memastikan rancangan ini berjaya. Aku pula cuma membantu sekadar yang mampu untuk menguruskan perkara-perkara seperti surat mendapatkan cenderamata dan memohon supaya Datuk Mukhriz dapat hadir sekali dalam lunch time di Parlimen dan alhamdulilah Prof memberi kepercayaan kepada aku untuk memberi ucapan terima kasih sebagai mewakili pihak pelawat kepada ahli Parlimen dan Farid diberi kepercayaan pula untuk membaca doa.
6. Oh, sebelum terlupa novel reum nisi mens sit rea yang sedang dipaparkan di facebook akan diterbitkan oleh sebuah publisher buku di Malaysia. Ia masih lagi dalam perancangan awal kerana aku perlu menyiapkan manuskrip penuh berkenaan novel tersebut.
7. Berita-berita ini mungkin menggembirakan bagi sesetengah pihak. Tapi tidak bagi orang lain. Mungkin akan bertambah dengki dan benci terhadap aku. Tapi aku tak kisah akan semua hal itu. Simply, i just do it my way. More will hate me but more will love me. So?
mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih memberi sokongan dan kepercayaan terhadap diri ini untuk melaksanakan rancangan-rancangan tersebut.