Pertama sekali, selamat menyambut tahun baru kepada para pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini dan memberikan pandangan walaupun pandangan tersebut adalah berbeza dengan pandangan yang diberikan oleh penulis blog ini. Tidak mengapa; setiap orang mempunyai pandangan sendiri. Jangan anggap ia sebagai kritikan tetapi anggapla ia sebagai pandangan daripada orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut =)
Satu Malaysia dah tahu mengenai demonstrasi yang berlaku di UPSI pada malam tahun baru. Ada yang meminta saya untuk menulis artikel berkenaan demonstrasi ini. Saya minta maaf saya tidak akan berbuat demikian kerana masih belum cukup maklumat. Kedua-dua pihak sedang menyediakan hujah untuk menyalahkan dan mempertahankan diri. Jadi kita tunggu sehingga kedua-dua pihak sudah berpuashati dengan hujah masing-masing barulah boleh tulis sesuatu. Cuma komen saya ialah: JIKA BENAR (saya tak tuduh) saudara Safwan Anang dipukul sebegitu rupa maka itu adalah satu tindakan yang unnecessary. Tetapi kesahihan perkara inipun masih dalam pertikaian justeru tak perlulah saya nak buat keputusan terhadap sesuatu perkara yang tak pasti. Sementara itu, saya cuma tidak bersetuju dengan tindakan SMM yang membawa gambar DS Najib semasa demonstrasi dijalankan. Pada pendapat saya, itu tak perlu. Kalau nak berdemo sebab mansuhkan AUKU, maka lebih baik bawa akta tersebut yang berharga sekitar RM15 daripada membawa gambar PM. Tak perlu nak bawa motif politik dalam demo tersebut sebab kalau tidak ia dah nampak more on political issue dan ada ad hominem (personal attack).
Cukup sampai di situ.
Tujuan entri ini ditulis adalah untuk membentangkan dua pandangan berbeza berkenaan demo yang berlangsung di KPT di mana demo tersebut dijalankan untuk menunjukkan sokongan terhadap PM dan meminta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato Saifuddin Abdullah.
Ini pandangan pertama:
KUANTAN
: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang menyifatkan saranan
Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) supaya
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan dan
bertanggungjawab di atas insiden menurunkan bendera Perdana Menteri pada 17
Disember lalu tidak relevan.
Setiausahanya,
Nasrul Isyam Abdul Hamid berkata, tindakan Presiden Aspirasi, Mohd Shahar
Abdullah membuat saranan tersebut tidak wajar kerana Saifuddin tidak terlibat
dengan demonstrasi termasuk insiden menurunkan bendera Perdana Menteri.
Menurutnya Aspirasi juga bukan mewakili suara majoriti mahasiswa kerana
bergerak atas tiket ALUMNI bahkan tindakan Aspirasi hanya ingin menghangatkan
situasi selain mencetuskan provokasi terhadap pihak tertentu.
Perkara
tersebut tidak seharusnya berlaku kerana Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
sudah menjelaskan kedudukan perkara yang sebenar berhubung insiden yang
mencetuskan ketegangan itu.
"Malah
beliau turut menyokong supaya mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) Adam Adli supaya memohon maaf atas tindakan yang dilakukan"
katanya.
Nasrul
berkata, isu itu tidak wajar dipolemikkan kerana ia hanya akan menambah
kebencian mahasiswa terhadap kerajaan dalam masa sama mewujudkan suasanan
tegang di kampus.
"Kita
yakin mahasiswa di negara ini tahu peranan masing-masing namun dengan adanya
pihak yang sengaja menangguk di air keruh, situasi kini menjadi lebih teruk
sehingga menyebabkan berlaku perhimpunan yang tidak sepatutunya menyebabkan
keadaa kucar-kacir.
"Bagaimanapun
perbincangan secara matang dan tidak emosi mungkin boleh menjernihkan kembali
keadaan"katanya.
Nasrul
berkata, pandangannya itu seiring dengan GPMS Kebangsaan yang percaya perkara
tersebut boleh diselesaikan dengan baik.
Nasrul
menambah parti politik tidak harus meneksploitasi mahasiswa untuk kepentengan
perjuangan parti.
laporan
Erma
Yusnida Jusoh, Sinar Harian
********
Pandangan kedua pula daripada kumpulan yang melakukan demo itu sendiri. Disertakan juga video yang boleh ditonton di sini. Intipati kenyataan tersebut adalah:
''A pro-government student group has issued an ultimatum to Deputy Higher Education Minister Saifuddin Abdullah to take responsibility for the Najib flag incident and to extract an apology from the perpetrators, or face a petition for his resignation.The students calling themselves Aspirasi Alumni Association demonstrated outside the ministry in Putrajaya on Dec 21 demanding action over the incident where student demonstrators had lowered a flag depicting Umno president Najib Abdul Razak.''
Komen? Saya serahkan kepada anda. Cuma ada satu soalan yang bermain di fikiran saya: Jika benar sokong PM, mengapa tidak sokong tindakan DS Najib yang mahu AUKU dipinda kerana setahu saya golongan pro-aspirasi tidak mahu AUKU dipinda mahupun dimansuhkan
(sila betulkan jika salah).
Saya serahkan kepada para pembaca untuk menilai sendiri kedua-dua pandangan di atas.Wallahua'alam.
p/s:Sekarang sedang dalam musim peperiksaan. Tak banyak masa nak ikut demo ataupun nak kutip petisyen. Harap maklum.
Selamat menduduki peperiksaan. Apa yang penting adalah ilmu yang dihafal tetapi yang lebih penting ilmu tersebut digunakan ke jalan yang lebih baik dan berintelektual :)
Jangan jadi seperti silencer.
Jika anda menonton 3 idiots anda akan tahu siapa dia ;)