Sunday, June 20, 2010

Komitmen

1. Sedar tak sedar cuti semeste pun dah nak habis.. Seumur hidup aku buat pertama kalinya perkataan cuti tu hanya tinggal literal meaning sahaja. Tetapi jika dilihat dari segi contextual approach- memang tak ada langsung makna cuti tu untuk semester pertama ijazah di UiTM Shah Alam dan berita gembira ialah ia akan menjadi binding precedent sehingga tahun 2012. Kenapa 2012? nanti aku cerita dengan lebih lanjut.

2. Komitmen. Agak sukar apabila mempunyai lebih dari satu komitmen bukan sahaja komitmen kepada keluarga tetapi juga kepada kerja. Tetapi satu perkara yang aku suka ialah komitmen itu menandakan bahawa anak bongsu bukanlah anak manja hahaha..bayangkan daripada 2 bulan cuti aku cuma balik rumah untuk 4 hari, itupun nak sambut birthday aku je. Kepada big bro dan big bos sori tak dapat nak celebrate birthday dan father's day bersama.

3. Atau adakah ini satu genetik yang turun-temurun kerana ayah aku pun memberikan komitmen kepada kerjaya yang memerlukan beliau untuk meninggalkan keluarga apabila bertugas. Bezanya ayah aku ada uniform tetapi aku pulak hanya perlu pakai baju putih dan seluar hitam.

4. Kadang-kadang terasa jugak apabila terlalu memberi komitmen kepada kerja tetapi akhirnya tidak dihargai. Lantas aku membuat kesimpulan: manusia memang buta. Kadang-kadang mereka dah tahu tetapi untuk memiliki sentimen yang sama maka mereka akan menjadi buta dan menuduh kita tidak memberi komitmen. Akhir kata, aku berpendapat bahawa komitmen bukanlah untuk orang tetapi untuk diri aku sendiri. Kepuasan menyempurnakan komitmen itu adalah kemenangan peribadi meskipun orang lain tak tahu. Inilah yang dinamakan kemenangan moral yang sering tidak diendahkan oleh kebanyakan manusia. Kebanyakan manusia hanya melihat kemenangan yang berbentuk fizikal, menjulang piala, muka di dada akhbar tetapi kemenangan dari segi moral, kesungguhan dan semangat sering dilupakan.

5. Rasa tidak adil kepada orang-orang yang terdekat dengan aku apabila aku terpaksa meluangkan masa dengan kerja. Mujur semua memahami tetapi jauh di sudut hati aku masih rasa bersalah. Semestinya rasa bersalah ini juga meliputi movie-movie yang aku tak sempat aku tonton meskipun dah download sejak sebulan yang lepas serta blog yang dah lama aku tak update dan juga termasuk perlawanan bola sepak piala dunia yang tak sempat aku tonton sejak ia bermula.

6. Tetapi inilah pilihan. Pilihan yang telah aku ambil maka aku tak boleh mengeluh dan menyalahkan orang lain. Inilah jalan hidup yang aku telah pilih bukan untuk masa sekarang tetapi juga untuk masa hadapan.

7. Juga apabila menyentuh isu komitmen maka hati anda akan berbelah bagi tatkala menemukan jalan di mana komitmen yang anda harapkan meleset dan jauh dari sangkaan. Di situ hati akan berbelah bagi: antara kepentingan diri atau kepentingan pasukan. Namun demi kepentingan bersama pasukan diletakkan sebagai pilihan walaupun terpaksa memakai topeng. Dilema yang sangat menyakitkan.

8. Walau apa pun aku berpuas hati dengan komitmen yang telah aku lakukan. Sekurang-kurangnya aku mempunyai pengalaman dan cerita untuk dikongsikan bersama kelak.

9. Apakah kerja tersebut? Apakah komitmen tersebut yang telah menghantui hidup aku (sehingga aku betul2 diganggu oleh hantu), menganggu waktu tidur aku tatkala aku sudah memejam mata dan baring di atas serta mengubah jadual hidup aku ketika cuti yang hanya akan tidur pada pukul 8 pagi sehingga 3 petang?

MOOTING.

Akan diceritakan dengan lebih lanjut dalam post yang akan datang...

Wednesday, June 2, 2010

bukan tak nak tapi.....

1. Dalam seminggu media massa dan elektronik begitu prihatin dengan isu yang sedang melanda Timur Tengah atau lebih spesifik lagi di wilayah Palestin. Bantuan kemanusiaan yang menghimpunkan sokongan seluruh dunia terhadap penduduk Palestin diserang oleh rejim Zionis dan aktivis ini yang datang dengan misi memberi bantuan dan bekalan kepada penduduk palestin kini dicop sebagai 'pengganas' dan membawa senjata berbahaya serta menyerang rejim Zionis. Seperti biasa jawapan Israel untuk serangan ini adalah 'mempertahankan diri'.

2. Teman-teman di facebook juga begitu rancak memberi berita terkini dan ada di kalangan mereka menunjukkan solidariti dengan menukar gambar profil kepada gambar palestin. Secara peribadi, aku mengucapkan kesyukuran kerana kesedaran terhadap isu Palestin semakin bercambah di negara ini. Bukan itu sahaja bahkan ahli politik tanpa mengira perbezaan ideologi juga mempunyai nada yang serupa dalam hal ini.

3.Demonstrasi, petisyen, boikot dan mengutuk Israel juga berlaku di negara ini.Menggesa PBB dan Security Council untuk membantah serangan tersebut juga kedengaran. tetapi janganlah mengharap PBB akan melakukan sesuatu kerana sebarang resolusi yang dikeluarkan oleh PBB boleh dihalang dengan kuasa veto Amerika Syarikat yang merupakan anggota tetap dalam Security Council.

4. Ini bukan kali pertama rakyat Malaysia berbuat demikian. Dua tahun lepas pun sewaktu Gaza diserang kita sama-sama membantah dan melakukan tindakan yang sama.

5. Bila tengok keadaan macam ini tiba-tiba aku rasa macam aku seorang yang ignorant padahal sebelum ini akulah yang 'sangat peka' dengan isu Palestin. Bukan aku taknak buat semua tu tapi....aku terfikir akan satu hal yang lebih jauh ke hadapan. Bukan sekarang tapi 5 atau 10 tahun akan datang.

6. Di mana undang-undang akan dijadikan jalan untuk aku membela rakyat Palestin. Biar aku hadapkan jenayah-jenayah perang Israel di muka pengadilan antarabangsa meskipun aku tahu kemungkinan besar tiada sebarang tindakan akan dilakukan kepada negara ini kerana ia sentiasa dilindungi oleh proksinya Amerika sepertimana keputusan ICJ terhadap tembok pemisah di Tebing Barat tidak diendahkan oleh Israel.

7.Namun sekurang-kurangnya maruah rakyat Palestin terbela di mata undang-undang. Walaupun kita tewas di alam realiti tetapi undang-undang tidak pernah menyebelahi kepada pihak yang bersalah. Biarpun rakyat Palestin dicop sebagai pengganas atau apa cop sekali pun tetapi kebenaran dan keadilan akan tetap memihak kepada mereka. Biarpun mata dunia dikaburi dengan alasan mempertahankan diri tetapi undang-undang tidak akan membiarkan alasan tersebut digunapakai untuk melindungi orang-orang yang melakukan kezaliman dan kejahatan.

8. Itulah yang akan aku lakukan dan sedang aku lakukan. Dalam mempersiapkan diri untuk menjadi pembela rakyat palestin di muka pengadilan, maka mooting adalah jalan pertama untuk persiapan tersebut dan of course, aku sanggup lakukan apa sahaja demi rakyat Palestin dan apa gunanya aku mempelajari undang-undang jika bukan untuk menjalankan tanggungjawab aku sebagai saudara mereka di dunia ini.

9. Dan sekarang barulah aku tahu kenapa Tuhan masukkan aku ke dalam bidang undang-undang.

Viva Palestina!

''The only necessary thing for the triumph of an evil is for a good man to do nothing''

''Justice must come first before peace''