Wacana Ilmiah...ke?
2. Sebab apa tak pergi? Sebab ia bertentangan dengan pindaan terbaru seksyen 15(2)(d) AUKU yang turut memberi kesan kepada pindaan akta 173.
3. Seksyen tersebut melarang pelajar daripada menyertai aktiviti parti politik dalam kampus. rasionalnya ialah untuk mengekalkan neutraliti sesebuah universiti.
4. Mungkin keterlaluan untuk mengaitkan wacana ilmiah tersebut dengan aktiviti parti politik. Tetapi wacana ilmiah tersebut boleh dijadikan 'pretext' untuk membenarkan aktiviti parti politik.
5. Walaupun ianya bukan anjuran mana-mana parti politik tapi kalau dah isi kandungan wacana tu penuh dengan politik yang menyokong satu parti dan 'membelasah' parti politik lain, tercapai ke tujuan untuk mengekalkan neutraliti universiti tu? Apatah lagi kalau dalam program tu sendiri dah terang-terangan membuat declaration menyokong satu parti.
6. Neutral ke macam tu?
7. Jangan sempitkan aktiviti parti politik dengan hanya berkempen letak bendera parti. Ia boleh berlaku dalam pelbagai cara. Salah satunya ialah menggunakan nama wacana ilmiah tetapi di dalamnya penuh dengan retorik menyokong sesebuah parti politik.
8. Walaupun saya tak pergi dan boleh jadi kenyataan-kenyataan yang dilemparkan adalah imaginasi penulis semata-mata, tetapi kenyataan-kenyataan tersebut diperolehi daripada mereka yang hadir ke program tersebut.
9.Kalau tak betul, tak betullah.Tapi dah berapa banyak wacana ilmiah atau isu semasa digunapakai untuk cover benda yang sebetulnya. Macam lagu Nirwana band, ''Sudah cukup sudah''.
10. Atau dengan lebih elegan lagi, seperti kata-kata Abraham Lincoln
''You can fool some of the people all of the time
and all of the people some of the time
but you cannot fool all of the people all of the time''
BERKEMPEN
1. Tahniah dan syabas kepada calon-calon ahli parlimen dan DUN yang bakal bertanding dalam PRU 13 pada 5 Mei ini. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini tiada siapa yang menang tanpa bertanding. Ini menandakan PRU kali ini ialah ''ibu segala PRU''
2. Tapi kalau sekarang dah jadi ibu, PRU 14,15 dan seterusnya macam mana? Takkan tak jadi ibu dah?Ok abaikan perenggan ni.
3. Tahniah juga kepada kawan-kawan yang telah menonjolkan diri sebagai penyokong parti pilihan masing-masing. Tak perlu lagi rasa takut sebab AUKU dah membenarkan mahasiswa untuk menyertai dan menyokong mana-mana parti politik. Tahniah kerana telah mengisytiharkan diri anda sebagai penyokong BN atau PR. Lepas ni, tak bolehlah nak claim pendapat tu neutral dan tak berpihak kepada sesiapa sebabnya dah terang-terangan menyokong sesebuah parti politik.
4. Yelah dah banyak sangat kan yang cakap neutral la, tak berpihak kepada sesiapa la tapi bila bercakap dok tibai satu pihak je. Salah parti yang disokong ditutup supaya tak ada orang tahu.
5. Malangnya saya termasuk dalam statistik pengundi muda atas pagar; masih lagi belum membuat keputusan. Walaupun berdasarkan rekod-rekod entri blog ini sejak 4-5 tahun lepas seolah-olah menunjukkan saya menyokong satu parti ni, sekarang saya mengaku saya belum membuat keputusan yang muktamad untuk mengundi parti apa dalam PRU 13.
6.Alhasilnya, saya mengambil keputusan untuk membaca manifesto kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan. Manifesto kedua-dua parti akan dibaca,diteliti dan dibandingkan serapi yang boleh.
7.Setidak-tidaknya tak jadilah macam robot- suruh pangkah A terus pangkah A.Taklah memangkah sebab benci orang ni orang tu. Taklah memangkah untuk kepentingan sendiri sebab apabila ada orang tanya kenapa undi parti A bolehlah jawapan diberi berdasarkan alasan yang sesuai yakni manifesto mereka lebih realistik dan mementingkan rakyat.
8.Yup, mementingkan rakyat. Bukan setakat jadikan tagline atau nama parti tetapi yang betul-betul mementingkan rakyat,, menghormati rakyat dan memahami jiwa rakyat.