Semua orang menjadi hakim. Memberi respons tentang apa yang telah terjadi. Jadi sebab dah ramai sangat beri pandangan sebelum perhimpunan tersebut dijalankan justeru tak perlulah aku cerita panjang-panjang.Hanya ada beberapa isu yang boleh dijadikan topik perbincangan.
1.Tuntutan BERSIH
Ada 8 tuntutan yang dibuat oleh kumpulan BERSIH dan setelah meneliti secara mendalam, aku memutuskan bahawa tuntutan tersebut adalah wajar dan perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan lebih-lebih lagi dengan tuntutan menghentikan rasuah dan politik kotor. Siapa yang boleh lupa dengan pilihanraya Sibu apabila seorang pemimpin menjanjikan duit dengan syarat penduduk di sana mengangkat calonnya sebagai wakil rakyat di sana. Oh, manusia mudah lupa. Buat salah hari ini esok orang dah boleh lupakan.
Sebelum pergi lebih lanjut, tak boleh dakwa semua informasi yang diperolehi ini secara sendiri. Terima kasih kepada mereka-mereka yang telah memberi maklumat. Untuk membuktikan tuntutan selanjutnya adalah wajar yakni membersihkan senarai undi, aku pun pergilah check kat laman web SPR nak tengok betul ke tak. Justeru inilah hasilnya:
Mula-mula kena check diri sendiri punya dulu. Nasib baik ada tapi sedang diproses walaupun dah dekat sebulan aku dah daftar. Aku berdoa moga-moga pilihanraya tak dijalankan dalam masa terdekat.
Maklumat-maklumat seterusnya adalah hasil maklumat yang diberikan oleh brader Hadi Zainol. Dari mana dia dapat no IC manusia-manusia ini itu kena tanya dia. Aku cuma mengesahkan wujud ke tak perkara ini. Dan keputusannya:
* Ok yang ni sumpah aku terkejut. Pertama sebab dilahirkan pada tahun 1879 bererti dia sudah berusia 132 tahun. Kerajaan patut ambil perhatian sebab wanita ini dah layak untuk masuk rekod dunia sebagai manusia yang paling tua di dunia. Kedua, tempat mengundi dia tu adalah ''mambang diawan utara.'' Biar betul? Seumur hidup aku inilah kali pertama aku dengar ada tempat sebegitu. Aku sangat berharap sesiapa yang membaca blog ini dapat memberitahu aku betulkah wujud nama tempat sebegini. Jangan lupa beritahu koordinat GPSnya sekali.
* Amir bin hasan. Tarikh lahir- 16.4.1883
no IC: 830416610017
tarikh lahir: 1880
No IC: 801231130313
Anda juga boleh semak di sini:
Kesimpulannya: Rakyat Malaysia kebanyakannya panjang umur. Kita harus bersyukur dengan nikmat ini dan berdoa moga umur kita juga sepanjang mereka.Sebagai seorang yang berfikiran positif, aku menganggap ini adalah typing error, yela angka 8 dan 9 kan dekat2 je jadi diharap pihak SPR dapatlah mengambil tindakan sewajarnya.
2.Demonstrasi
Walaupun bersetuju dengan tuntutan pergerakan ini tetapi aku tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh mereka dengan mengadakan demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur. ''Matlamat tidak menghalalkan cara''. Semua maklum demonstrasi ini akan diakhiri dengan menyerahkan memorandum kepada YDPA. Tapi beberapa hari sebelum 9 Julai, wakil kumpulan BERSIH telah bertemu dengan YDPA untuk membincangkan hal ini. Kalau betul ianya untuk menghantar memorandum yang mengandungi cadangan2 untuk memperbaiki sistem pilihanraya di Malaysia, kenapa tidak diserahkan pada waktu itu? Mengapa perlu diserahkan dengan jalan yang memudaratkan, membahayakan keadaan penyokong-penyokong sendiri? Peluang sudah terbuka dan memorandum itu boleh diserahkan tanpa menggunakan saluran demonstrasi jalanan.
Bila dengar tak ada demonstrasi jalanan dan bertukar dengan perhimpunan di Stadium Merdeka, aku dah cukup lega dah tapi tup tup dengar cerita pihak berkuasa tak bagi kelulusan untuk berhimpun di sana. Sedangkan aku terbaca di akhbar bahawa PM sendiri tidak melarang sekiranya BERSIH mahu melakukan perhimpunan di stadium. Tapi bila orang tu nak buat tak kasi permit la, stadium tu ada nilai sejarah etc. Menurutku apabila mereka ingin mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, berkumpul dan tidak berarak ke sana sini itu dah cukup bagus dah. Pihak polis tak perlu buat kerja berat-berat, cuma awasi dan pastikan keadaan perhimpunan di Stadium tersebut terkawal dan lepas berhimpun, silalah pulang ke rumah masing-masing. Atau nak kesan lebih dramatik, sediakan satu pentas di stadium tu dan beri kesempatan untuk mereka yang berhimpun untuk beri pandangan masing-masing dekat situ. Namanya juga Stadium Merdeka, lambang kebebasan setiap rakyat untuk berdiri di atas pendapat dan pandangan sendiri.
Ya, kebebasan berhimpun dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 10. Tetapi kebebasan itu juga boleh membunuh kebebasan orang lain untuk berjalan ( freedom of movement) dan kebebasan untuk hidup (freedom of life). Demonstrasi tersebut telah menyebabkan ramai orang terpaksa duduk di rumah, para peniaga hilang pendapatan, pakcik-pakcik teksi menanggung kerugian, keluarga yang nak luang masa pergi membeli-belah di ibu kota. Kamu boleh menggunakan kebebasan kamu tapi jangan sampai membunuh kebebasan orang lain.
MPP & Laporan Polis.
Ramai yang memberi respons tentang tindakan MPP UiTM yang membuat laporan polis membantah demonstrasi ni. Dah nama pun pelajar-pelajar UiTM jadi bertimbunlah di newsfeed facebook aku dengan komen masing-masing, tak kurang yang menyesal mengundi si polan dan si polan sebab akhirnya menjadi pro-kerajaan.
Aku terkejut dengan tindakan tersebut memandangkan aku serta mereka yang mengenali YDP MPP UiTM sejak dari Asasi Undang-Undang lagi tahu ideologi dan pendirian beliau. Justeru tidak adil untuk aku menghentam dan mengkritik beliau secara melulu tanpa memberikan beliau menggunakan hak audi alteram partem seperti yang termaktub dalam natural justice. Juga dengan kedekatan hubungan aku dan beliau membuatkan aku untuk menarik diri daripada memberi sebarang komen dan kritikan terhadap beliau. Nemo judex in causa sua. Kena ingat tu.
Cuma nasihat aku ialah tak perlulah nak buat laporan polis. Itu tindakan tipikal. Polis dah tahu awal-awal akan perkara ini justeru kalau tak ada laporan polis pun, polis akan ambil tindakan juga terhadap demonstrasi jalanan ini. Sebagai penuntut di fakulti undang-undang dan bakal pengamal undang-undang lebih baik kita menjadi sedikit kreatif dengan menggunakan saluran alternatif yakni mohon injuksi (injunction) di mahkamah. Soal mahkamah adil ke tak itu soalan kedua. Yang penting hantar dulu permohonan injuksi supaya tiada pihak yang akan membuat demonstrasi jalanan pada 9 Julai. Itukan lebih baik dan munasabah.
Kesimpulan
Pendirian aku jelas: tuntutan BERSIH itu adalah wajar dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan tetapi cara berdemonstrasi itu tidak mendapat sokongan aku sebab matlamat tidak menghalalkan cara.
Setiap manusia punya versi cerita sendiri. Tuhan, maafkan aku sekiranya aku melampaui batas dalam menulis entri ini.
Wallahua'lam