Saturday, April 16, 2011

balut habis

1. Sampai di rumah. Bererti study week sudah bermula. Tradisi yang tak pernah ditinggalkan sejak part1 asasi. Bererti juga semester tiga sudah sampai di penghujung. Komen? Tak perlulah nak komen itu ini apa yang terjadi, biarkan terjadi.

2. Untuk study, semuanya adalah subjek baru. Tidak ada sms, call,mms,email atau bbm untuk dijawab atau dibalas. Bagus jugak agak2 dah berapa banyak dosa aku buat kasi ilmu sesat dan harapan palsu kepada mereka yang bertanya :P jadi semester ni dah insaflah. Justeru, ucapan Good luck diberikan kepada semua.

3. Untuk mooting, hanya ada satu pertandingan besar semester ini. Jessup. Yang masih lagi menyimpan memori dan dendam lama. Pecah la jugak empangan untuk kali kedua bila tengok gambar2 international round tu. Semak sungguh. Tapi bak kata Jeneral McArthur kepada rakyat Filipina ''I shall return'' maka ayat itu jugalah yang aku berikan kepada para jessupers 2012.

4. Untuk relationship, oh banyak benda terjadi. *Tarik nafas*. Tetapi sampai sekarang masih tetap bersama. Dan banyak benda aku belajar untuk semester ini. Yang paling penting : Jangan pentingkan orang yang tak pentingkan kita sampai kita abaikan orang yang pentingkan kita. Terima kasih kerana masih bersama, izziati mas adaveena =)

5. Untuk friendship, masih lagi dengan kawan2 yang lama. Rasanya aku dah boleh lepas 'any given postulant test' untuk kawan2 aku tu sebab dah boleh konfem siapa kawan aku tu hahaha. Terima kasih kepada chu dan piqa yang dah boleh tiru tandatangan aku ;)

6. Untuk politik, malas nak ambil tahu. Siapa menang kat Sarawak pun aku lagilah tak kisah. Dua-dua pun sama je. Yang sorang dok sibuk malukan orang lain dengan video yang sorang lagi pun lepas habis solat hajat dok malukan orang lain jugak, siap boleh cakap bodoh lagi kat orang lain lepas solat hajat. Hebat politik Malaysia ni tuan-tuan dan puan-puan. Jadi tak perlulah bodohkan diri ikut sesiapa. Bebaskan diri anda daripada doktrin itu dan ini.

7. Oh tidak lupa juga kepada roomates 1316, kepada taiko abang besar Aizat Azmi dan tidak lupa juga kepada keluarga moot yang masih setia bersama.

8. Dah pergi baca land law sekarang. Holland v Hodgson dah menunggu..

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)