Monday, January 31, 2011

Leonidas

Apakah perasaan apabila menyanyikan lagu UiTM di hatiku dan kemudiannya melihat piala keagungan moot yang menjadi rebutan satu negara dijulang oleh university lain? Barangkali aku tidak mempunyai jawapan tersebut kerana tidak apa lagi yang boleh aku kesalkan. Segalanya sudah berakhir di sini. Akan tetapi ada sesuatu yang ingin diceritakan, meskipun manusia biasa hanya mahu mendengar berita kemenangan tanpa mengira usaha dan jerih payah seseorang.

‘’The battle is over..the destiny has been told, has been a long day, the warrior submit to their faith, don’t tell them how you defeat but tell them how you fight…..’’

HARI PERTAMA

Menentang pasukan 543. Awalnya aku menyangka bahawa kami di posisi yang baik untuk menang tetapi keyakinanku musnah tatkala melihat pihak lawan dengan mudah memusnahkan hujahku dengan segala macam penipuan. Mula aku terasa geram dan kecewa kerana pertandingan tidak memerlukan bundle of authorities maka peluang untuk penipuan dan penyelewengan amat mudah dilakukan secara berleluasa.

Tewaslah kami dalam petarungan yang sangat mengecewakan.

Aku kumpul semula kekuatan selama 2 jam untuk menghadapi pasukan seterusnya (maaf tidak aku ingat nombor kalian). Aku susun semula strategi untuk lebih siap dan tidak tertekan. Perlawanan bermula dengan begitu baik namun tidak apa yang boleh dibanggakan kerana aku harus berterima kasih kepada pihak lawan kerana kesilapan dan kekurangan mereka sendiri yang memberi kemenangan mudah kepada kami.

Pengumuman. Mendebarkan. Lebih gugup daripada mahu mengetahui keputusan peperiksaan. Hanya 4 pasukan yang layak ke separuh akhir. Satu demi satu disebut hinggalah ke pasukan terakhir. 661 disebut dan diiringi dengan sorakan dan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan sekalipun. Bukan sahaja mooters tetapi seluruh warga fakulti Undang-Undang yang berada di situ juga meraikan kegembiraan.Kudos diberikan kepada Khairil dan Mama Shai kerana perlawanan merekalah yang membawa kami ke separuh akhir.

Seusai makan malam, kembali semula ke moot court. Aku gelisah. Fikiranku tidak waras kerana esok aku akan menentang pasukan yang sama pagi tadi; 543. Di tempat yang sama. Mooters yang sama. Aku tidak boleh menggunakan strategi yang sama dan aku tidak akan membiarkan mereka terus menipu dan menyeleweng fakta undang-undang sesuka hati. Maka aku simpulkan bahawa hari esok adalah pertarungan intelligensi undang-undang kerana kalau mahu mengikut hukum logika dan perkataan semata-mata maka itu bukanlah mooting yang sebenar. Keunikan dan rencah dalam pertandingan moot adalah kombinasi undang-undang dan fakta yang bertemu di titik silang alam realiti. Kesedaran itu juga timbul selepas pencerahan yang diberikan oleh dua orang mooters yang sangat aku hormati dan kagumi. Faiz dan Hazralika Hamzah seperti utusan yang membawa obor kepadaku saat aku berada di dalam gua yang sangat kelam pada malam itu. Aku sedari akan strategi yang seharusnya aku lakukan untuk tidak lagi membiarkan lawanku bermaharajalela dengan pembohongan yang sangat dibanggakan itu. Malam itu juga aku menyedari satu perkara.

Tujuan.

Aku mengetahui akan betapa seriusnya Ika dalam moot kerana minatnya yang mendalam dalam perkara ini. Inilah kali pertama aku mendengar daripada seseorang akan minat dan semangat yang mendalam untuk mooting. Aku terkesima.

Segera aku kumpulkan semangat. Aku lihat kembali kekurangan dan kesilapan pagi tadi dan segera kuperbaiki tanpa lengah. Tidurku tidak disenangi oleh perasaan mahu membalas dendam. Sungguh aku tidak dapat menunggu dengan lebih lama lagi. Aku lantas membuka petikan kata-kata King Leonidas dalam filem 300 di youtube. Kunaikkan semangat semula dengan kehadiran keluarga tercinta. Seluruh warga UiTM memenuhi ruang bilik pertandingan. Bertemu semula dengan musuh lama. Di tempat sama. Dihakimi oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Peguam daripada AG-Chambers dan peguam di ZulRafique&Co.

Giliran aku berhujah. Segenap kekuatan dan semangat aku curahkan dan hamburkan dalam bentuk kata-kata. Kuserlahkan penipuan semalam kononnya kes yang menjadi sandaranku tidak tepat dan lebih rendah nilainya dari sebuah artikel yang ditulis oleh seorang professor yang menjadi sandaran pihak lawan. Aku berhujah dan membawa kes yang sebenar sambil kutunjukkan kepada barisan hakim. Manipulasi fakta undang-undang tidak lagi aku biarkan begitu sahaja. Kupetik bulat-bulat dari kes tersebut. Seluruh energi dan semangatku menghangatkan dewan tersebut. Kujawab segala soalan yang diberikan dengan tenang dan fokus tanpa berbasa-basi. Kupatahkan hukum logika mereka dengan begitu angkuh dan berwibawa.

‘’ The respondent agreed that the ban only impose to the Mavazi. Thus this ban gives an alternative way to the terrorist to use other than Mavazi to cover their head and face to commit suicide and therefore this ban did not give any improvement at all’’

Nilai dan komentar yang diberikan hakim memuaskan hati. Inilah standard mooting yang tertinggi dalam pertandingan tersebut. Consistency and deserve encouragement merupakan kesimpulan untuk persembahanku tadi. Ucapan tahniah dan kagum diberikan oleh semua termasuk para pensyarah. Sekali lagi aku berasa puas hati kerana pihak lawan juga memberikan pujian bahawa persembahan tadi adalah terbaik, great and the best. Aku menghembus nafas puas. Sungguh inilah yang dikatakan oleh Faiz dan Ika ‘’ The moot of my life’’. Bermati-matian aku lawan dengan seluruh dan segenap jiwaku untuk membanggakan UiTM.

Tetapi takdir Tuhan adalah tertinggi yang tidak boleh dicabar sesiapa pun. Kami tewas dan aku tidak dapat menahan air mata. Gelaran ‘iceman’ aku lebur dalam kehangatan rasa sedih yang teramat sangat. Aku menuju ke tandas, melepaskan perasaan yang sepuas-puasnya. Sungguh inilah pertandingan yang sangat aku perlukan dan mahukan. Sebeban rasa kesal dan bersalah kepada pasukan dan fakulti kerana tidak dapat membawa ke separuh akhir dan mengekalkan piala tersebut di fakulti kami. Aku terduduk dan perasaan sedih masih lagi menghantui diriku.

Dipendekkan cerita, pasukan 543 memenangi pertandingan tersebut. Aku tidak mahu member komentar bagaimana mereka menang kerana itu bukanlah cara yang sesuai untuk menghormati pihak lawan. Di sebalik kekalahan, aku masih menyimpan rasa bangga kerana kami tewas di tangan sang juara di separuh akhir dengan keputusan split-bench yakni 2-1 sementara universiti yang menentang mereka di final menang 3-0 di separuh akhir. Bererti jika mahu mengikut hierarki, UiTM berada di tempat ketiga. Barisan mooters yang buat kali pertama memasuki Jessup Competition mendapat tempat ketiga dan tewas split-bench di tangan sang juara sewaktu pusingan separuh akhir. Betapa sengitnya perlawanan dan sekurang-kurangnya aku tidak membiarkan mereka dapat melangkah ke pusingan akhir dengan mudah dan senang. Sekurang-kurangnya mereka telah terseksa dengan azab dan seksaan yang kuberikan yang tidak pernah aku lakukan seumur hidupku. Itulah perlawanan yang akan menjadi bench-mark dalam karierku sebagai mooter UiTM.

Ucapan terima kasih aku sanjungkan kepada keluarga mooters aku yang telah bersama-sama dalam jerih payah untuk mengharungi pertandingan ini. Arina, Mama Shai, Khairil dan Izzat akan selama-lamanya menjadi team moot yang terbaik yang pernah aku bersama dan juga kepada kekasih hati yang sanggup datang bersama-sama rakan yang lain untuk menyaksikan perlawanan di hari pertama aku. Maaf kepada sang kekasih hati kerana tidak dapat meluangkan masa bersama. Tidak ada penyesalan terbesar yang pernah aku rasakan selain tidak punya banyak masa bersama awak dan juga keluarga tercinta. Sekalung rasa hormat dan penghargaan kuberikan kepada jurulatih Dr.Irwin, Miss Ummi dan Madam Azlena kerana telah banyak member bimbingan dan tunjuk ajar. Tidak ketinggalan barisan senior mooters: Tuan Hurman, Azinuddin Karim, Faiz Razak, Hazralika Hamzah, Afif Ahmayuddin serta Sheekira yang sentiasa datang ke moot court bersama makanan untuk kami. Terima kasih atas sokongan dan semangat daripada kawan-kawan baik, juga juniors2 yang bakal mewarisi karier aku tidak lama lagi. Maaf kepada semua pensyarah dan siswa-siswi fakulti undang-undang kerana tidak dapat membanggakan kalian dengan Jessup Cup tersebut.

Kepada para pendengki dan pembenci diri yang bernama Zharif, gunakan peluang ini untuk mentertawakan dan mengutuk diri aku dan menggelarkan sesiapa yang membuang masa dalam mooting ini adalah bodoh. Sesungguhnya aku tidak mempunyai obligation erga omnes untuk membalas kritikan dan ucapan tersebut kerana tidak mungkin aku biarkan taraf diriku sama dengan golongan manusia yang sebegini. Kepada yang tidak termasuk dalam golongan sebegini, ceritakanlah bagaimana kami tewas denga bermaruah sepertimana yang telah aku ceritakan. Jika anda tidak berpuas hati maka tanyalah sesiapa sahaja yang menyaksikan pertarungan tersebut. Jika terdapat percanggahan fakta, aku mohon maaf dan menerima kesilapan sebagai seorang manusia yang sentiasa khilaf dan mahu mempertahankan diri.

Masa untuk berehat. Masa depan karier moot tidak lagi aku tentukan. Barangkali ini yang terakhir memandangkan begitu ramai bintang-bintang yang lain bakal menyerlah boleh menggantikan tempatku. Kalau ini yang terakhir maka pertandinganku menentang 543 di separuh akhir adalah pertandingan yang akan aku ingat sampai mati dan itulah bench-mark dalam karier mooting aku. Di samping memegang rekod 9 rounds mooting dengan 4 kemenangan dalam 4 pertandingan, karier moot aku juga diakhiri dengan kejayaan merangkul ranking ke-10 daripada 32 mooters dalam pertandingan Jessup. Itu, adalah lonjakan dan pencapaian yang terbaik aku pernah lakukan meskipun baru 8 bulan dalam mooting.

Dua minggu lagi akan kuberikan keputusan tentang hal ini. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan member sokongan.

Sunday, January 16, 2011

The time of my life...





*The 1st UiTM student to receive Tun Suffian Scholarship.


Next: JESSUP 2011

Now i feel the burden. UiTM will be represented by someone who still young and had entered only 3 moot competition( including friendly match against Queensland University which to be admitted as the 'worst performance ever'). Plus, he only won 3 rounds out of 6 rounds of moot. His last victory was 5 months ago and then he was defeated consecutively.

Now, can you believe this person to represent your university in this prestigious competition?

my asset? None.
If we win Jessup competition, it will be the best time of my life after has been awarded as Tun Suffian Scholar.

*sigh*

Wednesday, December 29, 2010

Tanpa mimpi, manusia tidak akan hidup

‘’ Biar kau tahu Kal orang seperti kita tak punya apa-apa kecuali semangat dan mimpi-mimpi dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu.’’

‘’ Mungkin setelah tamat SMA kita hanya akan mendulang timah atau menjadi kuli tapi di sini Kal, di sekolah ini kita tak akan pernah mendahului nasib kita!!’’

‘’Kita lakukan yang terbaik di sini! Dan kita akan berkelana menjelajahi Eropa sampai ke Afrika! Kita akan sekolah ke Perancis! Kita akan menginjakkan kaki di altar suci almameter Sorbonne! Apa pun yang terjadi!’’

1. Dan tahukah kalian bahawa penghembus ayat-ayat di atas benar-benar menjejakkan kaki ke Sorbonne melanjutkan pelajarannya di sana.

2. Itu, adalah bukti azimat mimpi-mimpi yang tidak pernah kenal erti menyerah kepada nasib dan keadaan yang menimpanya sekarang.

3. Mendengar akan seseorang mempunyai impian dan cita-cita lalu mengobarkannya di khalayak ramai bukanlah satu misteri dalam dunia yang semakin tidak terbatas ini. Hanya keberanian dan ketakutan memisahkan mereka yang lantang menyatakan mimpi-mimpi indah dengan mereka yang mengunci mulutnya, layaknya seperti manusia yang hanya sekedar menghembus nafas untuk hidup seharian, menanti malaikat maut datang menjemputnya.

4. Akan tetapi tidak sedikit mereka yang berani dan nyaling dengan mimpi-mimpi besar itu tersungkur dan akhirnya menerima padah akan kesombongan dan ketololan diri sendiri. Lantas akan berdesis mereka yang mengunci mulutnya tadi ‘’ Jadilah seperti aku, tidak perlu kecewa jika tidak mendapat apa-apa, tidak terkena cacian dan sindiran manusia lainnya seperti aku’’. Maka berlalulah sang pemburu mimpi, duduk terpencil di satu sudut agar tiada lagi manusia yang akan menemuinya dan setiap kali naluri manusianya mengajak untuk kembali memasang mimpi, akan segera dia berjalan menuju ke tanah perkuburan mimpinya dan naluri itu akan terkubur bersama mimpi tersebut.

5. Maka manusia yang diberi gelaran khalifah ini akan terbahagi kepada tiga bahagian: pertama yang punya mimpi dan berjaya meraihnya. Kedua, yang punya mimpi tetapi gagal meraihnya dan ketiga yang tidak punya mimpi dan mengikut sahaja ke mana arus dunia ini membawanya sehingga beliau sampai di hadapan pintu kematian. Tidaklah terlalu sulit untuk membezakan golongan pertama atau kedua dengan golongan ketiga ini kerana sudah jelas golongan ketiga ini di akhirnya tidak akan pernah mencapai apa-apa lantaran hidupnya yang hanya ikut-ikut sahaja, tidak pernah merasa senang mahupun derita dan demi menjaga egois itu, maka dijauhi kemahuan untuk bermimpi dan mempunyai cita-cita.

6. Ternyata kesombongan dan ketololan golongan kedua adalah seperti penanda yang tersemat di dahi mereka sehingga orang lain yang melihatnya terasa jelek dan ingin sekali menampar dahi tersebut sambil berkata ‘’ Cukuplah dengan kata-katamu itu. Pergilah balik ke rumah dan carilah cermin untuk melihat dahimu yang jelek itu.’’ Golongan pertama dan kedua ini punya ciri-ciri yang sama: mimpi dan semangat. Justeru di manakah yang membezakan kedua-dua golongan ini?

7. Usaha. Amat jauh bezanya golongan pertama dan kedua ini kerana golongan pertama ini benar-benar menyungguhi mimpinya itu. Tidak sekadar menyatakannya bahkan melakukannya dengan penuh keberanian tanpa mempedulikan orang di sekitar yang memandang dan berbisik sesama sendiri memperihalkan betapa bodohnya untuk mengejar mimpi itu. Kerana begitu banyak orang yang biasa berbual dan mendabik megah akan dilakukan mimpinya itu satu hari nanti namun satu hari nanti itu tidak pernah wujud dalam hidupnya.

8. Sementara golongan pertama itu lebih senyap, tidak dihebahkan mimpi-mimpinya itu ke merata tempat, tidak dijualnya di pasar terbuka tetapi dianyam dengan penuh teliti di dalam rumahnya sendiri; hanya orang-orang terdekat dan berkongsi mimpi dengannya sahaja yang tahu akan cita-citanya itu. Segera diusahakan bersungguh-sungguh dan masih sahaja dia membisukan diri kerana tidak mahu termasuk ke dalam perangkap kebingungan dan ketololan golongan kedua. Lebih tepatnya mimpi itu adalah untuk dirinya sendiri. Mencabar dan mengajak dirinya untuk mencapai mimpi tersebut daripada menghebahkannya kepada orang ramai. Membuktikan pada dirinya, hanya dirinya sendiri untuk melihat dan merasai mimpi tersebut kerana orang semacam ini telah fasih akan hukum dunia; bahawa perbuatan itu adalah kuasa magnet paling berkuasa untuk mempengaruhi orang lain daripada perkataan semata.

9. Dan di akhirnya, orang semacam ini yang berjaya menulis namanya di tugu peringatan sejarah peradaban manusia yang akan diingati oleh manusia lainnya untuk tahun-tahun yang akan datang. Dan beruntunglah juga manusia sebegini kerana walaupun dia berjaya tetapi kesombongan dan bercakap besar itu tidak terkena pada dirinya dan betapa malangnya golongan kedua tadi: gagal dalam timbunan mimpinya dan mendapat stiker ‘bodoh dan sombong’ di badannya.

10. Kepadatan dunia yang berbilionkan manusia sejak dahulu lagi tidaklah menyimpan semua nama-nama itu di atasnya kerana begitu sahaja manusia mati, namanya juga akan mati dan tinggal kenangan di tulisan batu nisannya. Segelintir, hanya segelintir diingati kerana mimpi dan usahanya sepanjang zaman lantas manusia yang lainnya mengagumi nama-nama tersebut dan berkata ‘’Inilah keajaiban’’.

11. Keajaiban itu, adalah adunan mimpi dan semangat mengikut gerak tari jari-jemari kita yang diilhamkan oleh Tuhan Maha Berkuasa. Sesungguhnya, usaha-usaha kita itu, jejak-jejak kita itu tidak lebih daripada petunjuk yang diberikan Tuhan kerana Tuhan itu tidak pernah bersifat kejam atas hamba-Nya. Amatlah bingung orang yang mendahului nasibnya dengan sikap pesimis, mengikut apa sahaja yang dibentangkan di dunia padahal tidaklah mungkin Tuhan memberikan kita gelaran khalifah di atas muka bumi jika tujuan hidup hanyalah mengikut sahaja peredaran dunia ini. Kalau benar hidup kita sememangnya harus menjadi sedemikian, mengikut sahaja peredaran dunia ini, maka jawablah soalan yang merumitkan hati ini: Mengapakah Tuhan memberikan kita akal dan kelebihan untuk bermimpi yang mana kelebihan-kelebihan ini tidak diberikan kepada makhluk-Nya yang lain bahkan kepada makhluk-Nya yang lebih taat daripada kita semua yakni Malaikat.

‘’ Keajaiban itu, adalah adunan mimpi dan semangat yang mengikut gerak tari jari-jemari kita yang diilhamkan oleh Tuhan.’’

Pernahkah anda melihat peserta The Biggest Loser itu berjaya menurunkan berat badannya, malah berpuluh-puluh kilo dengan hanya duduk berbaring di atas katil tanpa berbuat apa-apa?

Cebisan nota:

i) Sejuta penghargaan kepada saudara Andrea Hirata dengan buku magisnya Sang Pemimpi. Anda, telah menemukan semula mimpi-mimpi yang pernah terkubur dua tahun lalu untuk dihidupkan semula. Jalannya pasti berbeza akan tetapi mimpi tersebut tetap sama dan tidak akan pernah dikuburkan lagi selepas ini. Oh, dan tidaklah aku membaca novel ini tanpa seorang lelaki yang bernama Khairil Khalid ;)

ii) Mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada co-counsel sepanjang hayat atas kejayaannya membuka blog businessnya. Sudah di ‘link’ kan blognya itu di blog ini kerana aku tahu produk-produk kecantikan yang special, lain dari yang lain, yang dipersembahkan oleh beliau akan menarik perhatian kaum hawa yang sedang membaca blog ini. Tahniah ms.Arina :)

iii) Rumoured as not the ‘right person’ and 'not so-fit-mooter' for Jessup Competition. Don’t worry, just give me this chance to let other teams humiliate and insult us because of my ‘not so right and fit person’ and then I swear to God I will never join moot again ;)*

*Subject to sarcasm and cynicism. And please remember that I never use literal approach so read it purposively.

Aroma menulis sudah mulai mengetuk deria jiwa untuk menderita dalam indah...


Saturday, December 18, 2010

Yang tak dijangka

UiTM Jessup Team 2011 =)
* Walaupun mama shai, uncle K dan Papa Izzat akan bersara selepas Jessup dan saya akan mempunyai team yang lain tetapi u guys tetap the best! I know this statement agak berlebih-lebihan but seriously i can never have this team again. Kepercayaan yang kalian beri telah membuatkan saya berada di sini. Thus I have a request: before u guys retired, I wanna have one more trip with u guys and this time it will be ___________ DC so that u guys punya retirement will be the sweetest memory ever ;)

1. Perkara yang paling tak dijangka tahun ini. Memang tak payah nak cerita panjang atau kasi hint sebab dah memang terang-terang inilah perkara yang paling tak dijangka Tuhan berikan kepada aku. Mungkin masih ada lagi yang tak percaya bahawa aku tak pernah bermimpi atau memasang impian untuk sampai ke Sydney tapi mereka yang ada bersama dalam UiTM Maritime Team 2010 tahu perkara sebenar ;)

2. Kehadiran aku secara kebetulan. Yang tak diketahui akan asal usulnya kerana mengikut hukum kelahiran seorang mooter itu adalah daripada audition mahupun inter part. Malangnya aku tak dilahirkan dalam keadaan begini. Aku masuk kerana aku ada di situ. Dahlah yang paling junior, tak kenal pun hal ehwal semasa atau dalaman moot; yang aku tahu bukak lexis nexis cari kes baca. Lepas tu discuss sama-sama.

3. Tapi selama dua bulan tulah aku belajar banyak perkara. Selalu aku baca dan dengar cerita-cerita yang hebat, luar biasa dan 'ajaib' tetapi sekarang cerita tersebut terjadi pada aku. Kepercayaan yang diberi oleh coaches dan mooters yang lain telah membuatkan aku berada di sini. Siapa yang sanggup pertaruhkan budak yang tak tahu mooting dan cuma ada sebulan untuk berlatih dan kemudian mewakili UiTM lawan di peringkat international? Dahla tu first time moot first time tu jugak lawan kat Australia. Yang jealous akan terus jealous dan yang sinis akan bercakap itu tuah aku. Tapi kalau makhluk tuhan yang sebegini tahu bagaimana latihan dan usaha aku selama 2 bulan tu mesti mereka akan menyesal dan cuba menarik balik kata-kata tersebut.

4. Ok cukup bercerita di sini sebab sebelum ni pun dah dua entri aku buat pasal perkara ini dan rasanya inilah perkara yang paling tak dijangka tetapi sangat menyeronokkan dan membuka jalan baru untuk hidup aku buat selamanya ;)


Siapa sangka akan bermooting buat kali pertama di pentas international

*Co-Counsel sepanjang hayat. Thanks because you trust me to become your co-counsel. And of course, my service in moot club depends on you . If you still join mooting then I will . If you quit then i will quit too. That's our deal with sir right? ;)

Bondi beach...
* Setiap mooter ada nama panggilan masing-masing. Masa maritime dulu memandangkan aku suka pergi pantai maka beach boy adalah nama panggilan. Tapi sekarang dah ada yang lain hoho * wink*- Iceman-


* Dare to dream*


cebisan nota: Tiba masanya untuk mempercayai orang lain sepertimana mereka pernah mempercayai aku dahulu. Walaupun menyedari bahawa cara bekerja manusia berbeza-beza tetapi aku masih berpegang pada satu perkara dan aku sanggup dikritik, menjadi subjek umpatan dan diingati sebagai manusia yang paling 'kejam' sebab aku yakin satu perkara itulah yang telah membawa aku dan yang lain-lain sampai ke tahap ini.

Komitmen.Ia juga bererti jangan salahkan orang lain bila diri sendiri punya salah. Work on yourself. Aku tak akan berada di sini kalau aku tak buat skrip sendiri. Bila ada buat silap dan salah terus perbaiki supaya benda yang sama tak berulang.
- Bukanlah soalan hakim itu yang paling menakutkan tetapi yang paling menakutkan adalah apabila tiada perubahan atau improvement yang dapat dilakukan setiap kali habis latihan-

Wednesday, December 8, 2010

Cerita dalam Moot Court



''It's not that I'm so smart , it's just that I stay with problems longer'' ~ Albert Einstein


1. Kehidupan bermooting bermula sejak dua minggu yang lepas. Selama dua minggu jugalah aku telah menguji dua ungkapan yang diberikan oleh salah seorang 'genius' yang pernah hidup di atas muka bumi ini.

2. Tak dapat dinafikan isu yang dihadapi dalam mooting kali ni lebih mencabar dan kadang-kadang membuatkan aku hampir frust dan kecewa tetapi dorongan yang diberikan oleh sang genius bagaimana dia boleh menjadi genius menyebabkan aku tetap teruskan untuk menyelesaikan masalah.

3. Bagaimana hendak menyelamatkan klien kita yang dah secara terang-terangan apabila dibaca fakta kes yang diberi melakukan kesalahan rasuah? Dahlah fakta berbelit-belit dan memang bila baca sudah boleh dikomfemkan balance of probability tu dah tak seimbang, memihak kepada pihak lawan. Bagaimana nak mencari loopholes, memudahkan fakta kes yang nampak berbelit dan serabut adalah cabaran terbesar untuk dihadapi. Selama dua minggu, rumah aku adalah di moot court. Tiada bahan bacaan lain selain buku hitam setebal 608 muka surat dan buku Robin Sharma sebagai 'fuel' untuk maintenance mental dan motivasi. Tiada yang lebih merungsingkan daripada mencari kelemahan-kelemahan tuduhan yang dilontarkan oleh pihak responden. Tiada yang lebih menggembirakan bila dapat jumpa kes-kes dan artikel yang dapat menyokong hujah. Dua minggu jugalah aku duduk menghadap laptop, menyiapkan draf pertama dan kemudian mengeditnya semula supaya menjadi betul-betul pack, kemas dan straight to forward. Bila dah siap dan dinilai oleh trainer, baru boleh menarik nafas lega dan bersyukur sebab argument yang disediakan nampak 'structure'nya, nampak point untuk dihujahkan dan hanya tinggal untuk di reinforce lagi.

4. Dah habis satu perkara. Hari untuk berehat hari ini bersama 'moot family' kami. Tiada buku untuk dibaca, tiada benda yang perlu dirisaukan dan tiada hujah yang perlu ditulis. Aku mahu berehat, kumpul semula tenaga dan menajamkan semula daya intelektual sebelum menyambung semula kerja untuk menyiapkan hujah di pihak responden. Sungguh bila dah siap hujah untuk applicant dah rasa macam responden ni tak ada benda untuk hujah haha. Tapi aku tetap yakin bahawa nothing is perfect. Dan itulah hikmah Tuhan menjadikan setiap benda di muka bumi ini tidak sempurna justeru pasti ada loopholes yang boleh dicari dan digunakan. Sebab jika sesuatu itu sempurna bagaimana kita boleh melihat satu perkara dengan dua sisi pandangan yang berbeza?

Terima kasih Tuhan atas semangat dan petunjuk yang diberi. Terima kasih kepada moot family yang turut serta mengorbankan dua minggu untuk menyiapkan tugasan. I know we can do it. We can achieve anything we want because we have all what it takes ;)

* Esok sambung balik. Rutin yang sama....Bosan?Menarik?

Saturday, November 27, 2010

Akhir rasa ini,



1. Walaupun waktu cuti adalah waktu terbaik untuk membalas dendam dan menqadakan waktu tidur yang sentiasa tak pernah cukup waktu kuliah tetapi menjalani rutin pagi adalah satu perkara yang paling aku suka. Semuanya gara-gara buku ''The Monk who sold his ferrari'' dan ''The leader who had no title'' karya Robin Sharma. Aku cuba mencari sesuatu yang boleh aku fikirkan, yang boleh aku kutip pada setiap pagi. Rasa bangga menyelinap dalam diri tatkala menunggu dan melihat matahari terbit sambil hati seolah-olah berkata '' Aku bangun lebih awal daripada kau. Dulu aku kalah bersaing dengan kau tapi sekarang aku akan pastikan saingan yang lebih sengit''. Bunyi macam gila tapi cubalah golongan-golongan manusia yang macam aku bila time cuti sebegini yang dah biasa bangun time bilal azan solat zuhur dapat lihat matahari terbit. Lagipula aku dah bosan dengan rutin yang lama. Betapa banyak masa dibazirkan semata-mata untuk tidur dan lepas tu rasa ngantuk dan tidur balik sehingga dalam masa sehari tu langsung tak buat apa-apa.

2. Hari ni lepas rutin harian aku duduk di atas kerusi dan mula terfikirkan sesuatu. Lantas aku online dan mencari lagu yang dah lama aku nak cari. Bila dah dapat terus hanyut dan cari lirik serta fahami makna lirik tu. Oh dan ini adalah hobi aku sewaktu menjadi penganggur lepas spm cuma sekarang ni dah jarang buat. Dah berapa banyak lagu aku ambil liriknya dan cuba fahami maksud di sebalik lagu tersebut. Sebab itu dulu aku boleh dengan sinis mengkritik videoklip lagu-lagu yang tak ada kena mengena dengan lirik.

3. If I die young. Entah tetiba terasa nak dengar dan download lagu ni. Dan baru aku tersedar sesuatu perkara...
Kalau aku mati muda, dah berapa banyak benda yang aku impikan sudah tercapai?
Kalau aku mati muda, berapa ramai yang akan ingat nama aku dalam hati mereka?
Kalau aku mati muda, berapa banyak hati manusia yang telah aku 'sentuh' dan mereka berubah menjadi lebih baik dan bahagia sebelum mengenali aku?
Kalau aku mati muda, berapa banyak dah aku lakukan untuk mengubah dunia dan menjadikan dunia ini tempat yang selamat untuk generasi masa depan?

4. Barulah aku sedar begitu sikit benda yang telah aku capai. Begitu sedikit untuk berkongsi dan memberi sesuatu kepada orang lain. Betapa aku hidup dalam bayangan takut dan salah untuk melakukan sesuatu walhal aku tahu perkara tersebut akan mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Begitu banyak benda yang dah aku ambil ringan, take it for granted, berapa banyak kali aku tangguhkan masa untuk melakukan sesuatu, memohon maaf dan memberitahu kepada seseorang yang kita cintai betapa sangat bertuah hidup dapat mengenali dirinya.Betapa banyak penyesalan kerana tidak mengambil dan meluangkan masa untuk mendengar masalah dan membantu orang lain. Rasanya seolah-olah aku tidak pernah melakukan apa-apa dalam kehidupan orang lain.

5. Bila dah rasa macam ni, barulah aku sedar untuk mengambil setiap peluang yang ada untuk melakukan apa yang ingin aku lakukan kerana siapa tahu bilakah kali terakhir nafas kita akan berada di bumi ini. Oh dan sudah tentu tiada sedikit pun rasa sesal kepada mereka yang mahu mengingati aku dengan cara yang negatif dan sentiasa membusukkan hati mereka dengan perasaan benci dan marah sebab tiba masa untuk aku berhenti menjadi 'everything for everyone'. Cara dan bagaimana orang mahu mengingati aku juga tidak aku kisahkan kerana dalam hidup tidak akan pernah dirasai bahawa setiap orang akan menyanjung dan mengingati perkara-perkara yang baik mengenai kita. Kalaupun aku mati kelak dan hanya seorang sahaja yang masih mengingati aku dengan mengingati perkara-perkara baik bagiku itupun sudah mencukupi kerana sekurang-kurangnya aku sudah berjaya 'menyentuh' hati seorang manusia di dunia ini.

6.Maaf jika tiada banyak masa untuk diluangkan bersama. Tiada sesalan juga untuk memohon maaf kepada benda yang aku rasa aku tak buat salah sebab mana yang aku rasa aku dah buat salah aku akan minta maaf. Maaf juga sekiranya ada menolak dan bersikap ego menolak setiap kali bantuan dan pertolongan diperlukan. Rasanya sudah tiba masa sebelum aku 'pergi' tanpa melakukan sesuatu, aku perlu melakukan sesuatu yang tidak akan aku rasa menyesal jika tak buat nanti.

7. Salah satu rangkap lirik lagu tersebut yang membuat aku tersenyum dan 'terpaksa' akur dengan kebenaran tersebut,
''And maybe then you will hear the words i been singing,
Funny when you are dead how people start listening''

http://www.nst.com.my/nst/articles/Kedahstudentsmakemootinghistory/Article/

1. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang berada di dalam gambar ini. Dan pertama sekali tiadalah niat untuk 'claim' something atau nak suruh orang lain tahu apa yang aku 'buat' dengan diaorang. Biarlah mereka yang di atas ini sahaja tau apa yang aku dah buat dan sudah tentu aku tak dapat kenaikan gaji mahupun anugerah perkhidmatan cemerlang sebab nanti yang akan komen balik ''kau yang volunteer nak buat so buat apa nak claim itu ini.'' Oh memang betul pun aku nak(want to) buat, kalau aku kena (have to) buat memang aku cabut pegi makan sate semeling lagi bagus. Dan sebab utama aku nak 'buat' dengan diaorang oun kerana satu perkataan sahaja selain daripada faktor mempunyai 'seseorang' di sana dan sebagai ex-prelawrian kedah: T _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ B. Terima kasih kepada lagenda Maritime Mooter Rijal kerana 'mengajar' aku perkataan tersebut.

2. Awalnya aku menganggap bahawa keajaiban yang pernah aku lakukan ialah sewaktu pmr dahulu (3bulan sebelum exam kena pindah dan bila sampai kat sekolah baru semua subjek dah habis belajar) dan keajaiban kedua adalah bagaimana aku boleh menjadi 'mooter terjun' (simpulan bahasa terbaru menggantikan bidan terjun) dalam masa sebulan; bertukar daripada zero to hero, nothing to something dan mencatatkan kemenangan pertama dalam karier mooting aku untuk penampilan kali pertama.

3.Dan kini keajaiban ketiga ialah bagaimana wajah-wajah di atas telah membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil dan bagaimana mereka boleh melakukan yang terbaik;lebih hebat daripada apa yang pernah aku lakukan sebelum ini. Dalam masa seminggu, berlatih xsampai 10 jam sebelum pertandingan bermula( at least aku ada masa sebulan) dan masih lagi sanggup untuk masuk dan ada sebahagian daripada wajah-wajah di atas menyerlahkan 'bintang' mereka sebagai mooter akan datang.Maaf sebab dah memaksa nama-nama di bawah untuk join competition ini:

1. Paan ( walaupun tak hantar 4 teams tapi 2 teams pun dah cukup nak membuktikan korang masih berani untuk datang dan melakukan 'keajaiban'. Dan kehebatan anda mendapatkan kelulusan bas tak sampai seminggu memang 'ajaib' dan two thumbs up bro ;)

2. Evi( sorry dah paksa awak masuk. Nasibla siapa suruh jadi gf kepada seorang mooter hehe. Thanks for the support and love ;)

3. Charlie angels yang lain: Ellena, Asmarina, Aqilah, Rabiatul Adawiyah, Quratul, Apple Fadila,Natalia Harris, Amira, Najihah, Aleeya. Err ada lagi ke yang aku tak sebut? Kalau ada nanti just letak je komen kat nanti k

4. Miracle boys yang lain (ganti nama untuk beach boys) : Kamal, Fariz, Hisyam,adlin,aiman.

Dan sudah tentu aku belajar sesuatu daripada mereka selain keajaiban. Kerjasama, semangat yang tak mahu menyerah kalah adalah pelajaran yang aku terima daripada diaorang. Di samping itu aku juga belajar bagaimana nak baca kes dan cari part yang penting dalam judgment dalam masa yang sangat singkat. Menajamkan lagi skill membaca kes :)


Terima kasih and i'm proud with u guys :) maaf sebab dah cabut undi untuk korang dan dapat satu group dengan part 6. Don't blame me guys, aku memang kena mandi bunga untuk dapatkan tuah dan nasib yang lebih baik ;)

''If i want to do something i will just do it and in the midst of uncertainty and doubt I will cast off my fear and just fight against it because i know i have all what it takes to accomplish the mission''
-Zharif-