Dan setelah dikaji dengan teliti maka dapat disimpulkan bahawa aku banyak habis duit kat makanan.Itu tak dapat dinafikan.Meskipun bulan lepas baru dapat bekalan makanan daripada big bos tapi x cukup nak menampung selera aku yang semakin bertambah;bila kerja makin banyak maka aku akan makan dengan lebih banyak tetapi tidak akan bertambah berat badan sebab metabolisma aku sangat tinggi. Terasa macam nak buat SOS supaya ade helikopter yang jatuhkan bekalan makanan dari langit.
So bila dah terdesak2 nih mulalah aku mencari duit tabung dan menukar dengan Master. Bukan xde duit langsung dalam bank tu tapi nak kena simpan gak yang dalam bank tu dah bosan dah mesin tu asyik tengok muka aku jek. Kalau tak simpan dari sekarang camna nak buat preparation masuk meminang,beli rumah, beli kereta etc.Banyak benda kena beli untuk masa depan. Maka diformulakan beberapa garis panduan untuk menangani masalah ekonomi ini:
- Terpaksa mengurangkan tahap memakan gula2.Pengkalan Iman telah menetapkan gula2 mentos semahal RM.150 so terpaksa tukar ke alternatif membeli gula2 biasa.
- Beli barang2 makan dari dining sebab boleh pakai duit empat inggit tuh. Kalau kat pengkalan Iman tak dapat nak guna subsidi. Barang pun same je roti, mamee,air. Takde beza pun.
- Cuba untuk mengurangkan makan di kedai sate semeling ataupun kedai Miza dan untuk makan tengahari sahaja menggunakan duit empat inggit.Sarapan hanya air teh dan roti sementara malam air milo,roti ataupun nestum. Kalau fikir2 lebih kurang jek khasiat dengan makan roti. Oh jangan dilupakan madu; supplement yang sangat penting.
- Beli barang yang susah nak habis contohnya roti gardenia yang berat bersihnya 400g dan juga 20 uncang teh dengan harga 2 inggit.Jimat dan menyakinkan.
- nasib baik aku tak hisap rokok.Kalau x lagi bangkrap la aku. Nak printing2,fotostat benda pun dah kurang sebab assignment suma dah siap..
Adakah strategi ini berkesan?Aku tunggu,lihat dan laksanakan....strategi ini sesuai untuk pelajar2 yang berumur 18 tahun ke atas yang sering mengalami masalah yang serupa macam aku.