Tuesday, April 14, 2009

HUDUD DAN POLITIK EPISOD 2

Telah saya jelaskan serba sedikit tentang hukum hudud dalam entri blog yang lepas maka pada blog ini akan dijelaskan pula implementasinya di negara kita,Malaysia. Seperti yang saya jelaskan bahawa hukum hudud itu boleh dilaksanakan apabila pesalah itu sendiri mengaku dan adanya empat orang saksi lelaki untuk mensabitkan kesalahan tersebut.Jika selain dari itu maka hukuman takzir akan dilaksanakan.
Semasa zaman Nabi saw dikisahkan seorang lelaki Yahudi mengaku telah berzina walaupun sudah berkahwin.Beliau meminta rasul saw menghukumnya dengan hukuman hudud yakni rejam.Nabi saw menolak dan meminta dia dirujuk dan dihukum dengan hukuman taurat(kitab orang Yahudi).Maka apabila dirujuk didapati bahawa hukumannya adalah direjam sampai mati.
Apa yang saya cuba katakan di sini bahawa apabila menjatuhkan hukuman terhadap bukan Islam maka hendaklah mereka dirujuk dengan hukuman yang termaktub dalam agam masing-masing. Maka pada pendapat saya maka hendaklah undang-undang negara sekarang hendaklah berpaksi kepada agama; jika syariah maka hendaklah berteraskan Islam sementara undang2 sivil hendaklah digubal sesuai dengan hukuman agama-agama yang ada di Malaysia. Saya pasti agama lain seperti Buddha,Hindu,Kristian dan Sikh atau lain-lain ada memperuntukkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah.Maka tugas sekarang ialah menubuhkan semula 'suruhanjaya reid' yang baru untuk mengubal undang-undang baru di negara kita. Jika terdapat perselisihan maka hendaklah dicapai kata sepakat dan muafakat dan semuanya pasti setuju jika hukuman kepada pembunuh adalah hukuman bunuh juga.
Dalam konteks syariah pula,maka hendaklah diseragamkan hukum takzir itu sendiri.Sekarang ini undang2 syariah berbeza mengikut negeri maka saya mencadangkan supaya adanya keseragaman dalam undang2 syariah di setiap negeri dan hukumannya janganlah terlalu ringan sangat-sekarang ni kalau mengaku khalwat denda beberapa ribu ringgit kemudian bebas. Kalau yang artis lagila bayar kemudian bebas, tak kena apa2 hukuman yang selari dengan Islam.Maka keseragaman dan keseriusan dalam hukuman takzir adalah penting dan utama.Justeru jika digubal semula maka undang2 syariah akan mempunyai hudud,qias dan takzir.
Bukan itu sahaja undang2 sivil juga perlu diselaraskan dengan undang-undang syariah supaya tidak berlaku kezaliman dan ketidakadilan dalam melaksanakan hukuman.Misalnya kalau sesuatu jenayah yang melibatkan Islam dan bukan Islam maka kedua-duanya perlu dihukum dengan cara lebih adil. Jika tidak selaras maka akan timbul persepsi negatif terhadap Islam dan ini akan membawa kepada satu lagi isu serius;murtad di kalangan Islam dan persepsi negatif dari bukan Islam. Ini juga bererti bahawa artikel 4 Perlembagaan Persekutuan perlulah dipinda kerana sekarang inipun ia dilihat bertentangan dengan artikel 121(A) untuk mencapai keseragaman dalam menjatuhkan hukuman kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.Apakah adil seorang muslim yang berzina disebat seratus kali mengikut cara Islam sementara yang bukan Islam(pasangan zina kepada muslim tersebut) tidak dikenakan apa2 hukuman?Apakah juga adil jika hukuman takzirnya 20 kali sebatan dengan cara Islam tetapi yang bukan Islam sebatannya 20 kali mengikut cara sebatan penjara.Ingin saya maklumkan bahawa sebatan cara Islam dan penjara adalah berbeza dan sudah pasti cara sebatan Islam lebih rasional dan hendaklah sekali lagi diingat bahawa tujuan utama hukuman adalah untuk mencegah bukan untuk menyeksa atau menyakiti sesiapa.
Suruhanjaya baru ini perlulah mendapat responden dan pandangan rakyat secara keseluruhan tentang pembaharuan dalam undang-undang Malaysia. Tidak salah kiranya mengambil masa sedikit untuk sesuatu perkara yang akan memberi kesan pada jangkamasa yang panjang.Perlulah pembaharuan demi kebaikan semua. Berkenaan soal hudud maka hendaklah diberi penjelasan yang mendalam kepada rakyat Malaysia baik Islam mahupun bukan Islam supaya terlihat hikmah hukuman yang dicipta Allah Tuhan Semesta Alam.
Sekali lagi saya pohon maaf jika ada sebarang kekurangan dalam penjelasan isu ini.Insyallah jika terdapat sebarang persoalan dan pandangan bolehlah dikomen dan dengan besar hati saya sedia menerima pandangan anda semua.Yang baik datangnya dari Allah swt dan sesuatu yang sempurna itu adalah milik-Nya juga.Waallahu'alam

3 comments:

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)